Thursday, October 18, 2018

PANDUAN DAN PERSETUJUAN IBU BAPA / PENJAGA

(Edisi kemaskini pada 25 Oktober 2018)

(Untuk anak - anak berumur 2 bulan hingga 12 tahun)

Alhamdulillah pendaftaran untuk Nurseri pada hari ini 18 Oktober 2018 merupakan hari pertama pendaftaran, sejak dibuka bermula pada jam 8 pagi tadi. 

Panduan IbuBapa dan Penjaga ini telah diletakkan dalam borang pendaftaran atas talian. Berikut disertakan garis panduan penting yang disediakan oleh JK Nurseri PTI, untuk perhatian IbuBapa serta penjaga yang akan menggunakan kemudahan Nurseri semasa menghadiri PTI 2018.


(PARENT CONSENT) 

1. Ibubapa/penjaga hendaklah menyediakan segala barang keperluan seperti berikut :

     a) Baju salinan
     b) Lampin pakai buang secukupnya
     c) Keperluan tidur seperti alas tidur/comforter/bantal
     d) Bekalan makanan/minuman/susu
     e) Mainan bayi


2. Ibubapa/penjaga perlu MELABELKAN semua alatan anak-anak bagi mengelakkan tertukar atau hilang.

3. Makanan bayi (2 bulan hingga 24 bulan) tidak disediakan. Air panas untuk kegunaan penyusuan sahaja disediakan di dalam Ruang Nurseri. (Untuk Nurseri@PICC)

4. Ibubapa/penjaga hendaklah memastikan kanak-kanak di dalam keadaan bersih apabila tiba di bilik nurseri.
(Bersih: mandi, tukar lampin, berus gigi, basuh muka). Pakaian tidur tidak dibenarkan. Ibubapa/penjaga diminta memandikan anak-anak terlebih dahulu sebelum dihantar ke Nurseri. Ini adalah di bawah tanggungjawab Ibubapa/penjaga sendiri bukan pihak JK.

5. PENYAKIT BERJANGKIT: Ibubapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit (Cth: HFMD, Chickenpox, Measles(Campak), Difteria,Malaria,Demam Denggi) ke nurseri sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.

6. Mana-mana anak yang mengalami demam ringan, selesema dan sakit ringan yang tidak berjangkit adalah TIDAK DIGALAKKAN hadir ke tempat nurseri.

7. JK Nurseri TIDAK BOLEH dipertanggungjawabkan untuk memberi ubat kepada mana-mana anak sekiranya diarah berbuat demikian oleh ibubapa/penjaga.

8. Ibubapa/penjaga dinasihatkan agar tidak memakaikan/membawa barangan berharga pada anak-anak. Sebarang kehilangan dan/atau kerosakan pada peralatan/barangan peribadi yang dibawa adalah bukan di bawah tanggungjawab JK.

9. Ibubapa/penjaga hendaklah mengisi borang pendaftaran sebelum 4 November 2018 dan kepilkan bersama bukti bayaran selewat-lewatnya SATU (1) MINGGU SEBELUM tarikh program bagi tujuan pengurusan fasilitator, dan tempat program.

10. Bayaran penuh yuran pendaftaran bagi anak-anak yang didaftarkan hendaklah dibuat mengikut ketetapan yang dimaklumkan.

11. Ibubapa/penjaga yang telah mengisi borang dalam talian tetapi belum membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan adalah dianggap TIDAK / BELUM MENDAFTAR. Hanya peserta dengan bukti pembayaran akan diterima penyertaan.

12. Ibubapa/penjaga yang tidak berdaftar melalui borang pendaftaran dan ingin menghantar anaknya pada hari program (walk-in), adalah TIDAK DITERIMA.

13. IbuBapa/penjaga yang ingin menarik diri dan membatalkan penyertaan boleh memaklumkan kepada JK Nurseri 3 hari sebelum program iaitu; sebelum 14 November jam 11.59 malam. Pemulangan yuran akan dilakukan 2 minggu selepas program berlangsung.

14. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan, sekiranya IbuBapa/penjaga membatalkan penyertaan dalam tempoh 3 hari sebelum program berlansung iaitu; selepas 14 November jam 11.59 malam.

15. IbuBapa/penjaga yang ingin menarik diri digalakkan mencari pengganti. Penggantian penyertaan boleh dilakukan dan dimaklumkan kepada JK Nurseri 3 hari sebelum program atau semasa hari kejadian.

16. Dengan mengisi borang ini, IbuBapa/penjaga kepada anak adalah dianggap telah membaca, memahami serta bersetuju dengan segala peraturan yang telah dinyatakan di atas.


JK Nurseri PTI 2018

No comments:

Post a Comment