Wednesday, October 17, 2018

NURSERI PTI 2018 : Pendaftaran Dibuka!

(Edisi kemaskini pada 26 Oktober 2018)

Assalamualaikum wr wb,


Alhamdulillah, marilah sama sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat kehidupan untuk menghirup udara milik Allah ini. Semoga kita semua sentiasa berada dalam nikmat islam, iman dan dalam Rahmat Allah yang tidak putus-putus. Insya Allah, 30 hari lagi, kita bakal bertemu sekali lagi dalam program Perhimpunan Tahunan IKRAM yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 17 November 2018 di PICC, Putrajaya.

Ruang Nurseri

Untuk makluman Ibu/bapa semua, pada PTI kali ini, Penganjur memutuskan untuk menyediakan konsep Nurseri untuk umur 2 bulan hingga 2 tahun sahaja, dan tiada perkhidmatan Ruang Keluarga Rahmah (RKR) disediakan atas beberapa faktor seperti berikut :

1. Fokus - Memberi keutamaan kepada ibu supaya fokus dengan program.
2. Live streaming - Kos yang tinggi diperlukan untuk mengendalikan live streaming di ruang RKR.
3. Penyusuan Ibu - Bayi bawah umur 2 tahun lebih memerlukan perhatian rapi ibu.
4. Tempat - Kemudahan tandas yang sedia ada tidak sesuai untuk pengendalian kanak-kanak.
5. Makanan - Kos makanan anak-anak 2-12 tahun yang tinggi dan hanya boleh menggunakan catering PICC sahaja. Peraturan PICC tidak membenarkan penyediaan makanan buffet sendiri.

Penganjur PTI tidak membenarkan anak-anak berada dalam Dewan Utama semasa program berlangsung. Disebabkan ini, JK Nurseri menyediakan nurseri sebagai kemudahan Ibu/bapa yang mempunyai anak yang dibawah umur 2 tahun.

Satu tag pengenalan untuk ibu dan pelekat nama anak akan disediakan. Sebarang pergerakan keluar masuk Ruang Nurseri hendaklah menggunakan tag nama yang diberi. Sesiapa yang tidak mempunyai tag tidak akan dibenarkan masuk ke Ruang Nurseri.

Sasaran : 150 orang anak
Umur : 2 bulan hingga 2 tahun.

Kerjasama Ibu/bapa sangat-sangat diharapkan untuk bersama-sama menjayakan perlaksanaan konsep nurseri semasa program ini berlangsung.

Pendaftaran akan dibuka selama 18 hari bermula 18 Oktober 2018 jam 8.00 pagi sehingga 4 November 2018 jam 11.59 malam.

Ibu/Bapa yang ingin menggunakan kemudahan Nurseri WAJIB mendaftar sebelum 4 November 2018 pada link berikut:

Pendaftaran Nurseri : bit.ly/daftar_nurseriPTI2018
Email maklumat bayaran ke : nurseri.ikram@gmail.com




Nurseri ini terhad kepada 150 anak-anak sahaja dan pendaftaran secara walk-in tidak di terima.

Pendaftaran untuk menggunakan kemudahan Nurseri ini adalah sangat penting supaya pihak kami dapat menyediakan dan menguruskan tempat supaya keseluruhan perlaksanaan berjalan dengan lancar.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi :
Puan Hajar : 013-3629690 atau Puan Sarah : 017-2588283

Maklumat susulan berkaitan nurseri akan diberikan melalui blog http://littlekhalifahikram.blogspot.com sila simpan link ini untuk rujukan.

Ibubapa juga akan di masukkan ke satu whatsapp broadcast seminggu sebelum tarikh program untuk makluman terkini mengenai program. "Group Wa - Ibubapa Nurseri PTI2018"

Jazakumullahu Khayran Kathira


Wassalam


JK Nurseri PTI 2018

No comments:

Post a Comment